top of page

Pengenalan 

Pengenalan 

 Menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka edisi yang ke-4, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengawalan pengelolaan dan penyelenggaraan. Dengan kata lain, pengurusan boleh didefinisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan.

Dalam pengertian umum, budaya merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

Pendahuluan 

Konsep Pengurusan Budaya ialah satu konsep penyusunan dan perancangan yang teratur bagi sesebuah sekolah yang terdiri daripada pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang Budaya yang diterapkan ialah   

 

                                 Budaya belajar                            Budaya Menghormati                         Budaya Nilam

Objektif 

  • Untuk menyedarkan peranan dan tanggungjawab setiap individu dalam menerapkan budaya positif dalam sekolah. 

  • Untuk mengetahui usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam mengawal budaya yang diinginkan oleh masyarakat luar.

  • Untuk mengetahui kesan disebalik keberkesanan penerapan yang diamalkan di sekolah. 

  • Untuk mengenal pasti budaya yang diterapkan dan dititikberatkan di sekolah. 

Metodologi Kajian 

1. Sumber Ilmiah 
2. Temubual
3. Pemerhatian 
4. Rujukan 

Persoalan Kajian

  1. Apakah budaya yang diterapkan di sekolah bandar dan sekolah luar bandar?

  2. Adakah budaya di sekolah mempengaruhi prestasi sesebuah sekolah dan murid?

  3. Adakah budaya di sekolah yang dipengaruhi kepimpinan guru dan akademik?

  4. Apakah penerimaan setiap pihak terhadap budaya ini?

Teori 

Definisi Budaya Sekolah 

Budaya sekolah merupakan kualiti dan ciri-ciri kehidupan di sesebuah sekolah yang berhubung kait dengan norma, matlamat, hubungan sesama manusia, pengajaran,  pembelajaran,  kepemimpinan dan struktur organisasi. Budaya sekolah  yang seimbang dan positif dapat membantu perkembangan pembelajaran generasi  muda  khususnya  para  pelajar. Budaya  sekolah  yang  sihat  dapat  membantu  melahirkan generasi  pelajar,  keluarga  dan  pendidik  yang bekerjasama  dalam menjayakan  setiap  visi,  misi  dan aspirasi sekolah (Cohen, 2007).

Model Budaya Sekolah

1). Model OHI (Organization Health Inventory) *Menurut Hoy dan Miskel (1996), telah mendefinisikan bahawa budaya sekolah yang sihat adalah sekolah yang hidup dalam persekitarannya tetapi boleh mengadaptasi dalam jangka masa yang panjang dan berkembang.

 

*Ini bermakna sekolah yang sihat berjaya mengurus tekanan dari luar dan berkesan menggunakan tenaga yang ada untuk memahami objektif dan organisasi.

2). Model Iklim Organisasi

*Model ini mengandungi 5 kumpulan asas iaitu terdiri daripada konteks organisasi, struktur organisasi, iklim organisasi, individu dan persekitaran individu. Organisasi ini terletak dalam konteks persekitaran kebudayaan dan ekonomi serta merangkumi aspek-aspek ekonomi, politik, sosial dan ciri-ciri penempatan.

3). Model Organisasi Berkesan

(Organizational Effectiveness Model)

Dalam model ini, beberapa perkara penting iaitu kuantiti produk, kualiti produk, ketepatan, kebolehsuaian dan fleksibel. kelima kriteria ini adalah penting untuk mendefinisikan tentang kebolehan sesuatu organisasi untuk menggerakkan kuasa pusat untuk mencapai matlamat dan membuat pengubahsuaian. Sekolah yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai keputusan yang baik dan melahirkan perlakuan pelajar yang positif iaitu para pelajar yang dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan boleh berhadapan dengan masalah yang timbul. -Mott (1972)

bottom of page