top of page

         Dapatan Kajian 

Surat Khabar

Temubual

Jurnal

Pemerhatian

Surat Khabar

  • VLE-Frog (Persekitaran Pembalajaran Maya Frog)

  • TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional)

  • Budaya Penyayang

Jurnal

​Faktor Kewujudan Budaya Sekolah

  • Peraturan dan undang - undang

  • Waktu Persekolahan 

  • Pengasingan pelajar

  • Upacara dan keramaian

  • Matlamat sekolah 

 

 - Jenis budaya di sekolah

  • Budaya Instrumental​

 

      Budaya Instrumental merupakan penekanan yang diberikan kepada kemahiran dan sikap pelajar            untuk berjaya dengan cemerlang. Sekolah berperanan untuk memberi nilai yang tinggi kepada              murid yang mendapat pencapaian yang membanggakan di sekolah. Kaedah – kaedah yang baik          digunakan bertujuan supaya matlamat ini akan dapat dicapai dengan jayanya. Budaya ini                    mengutamakan matlamat masa hadapan para pelajar supaya mereka menjadi pelajar yang                  cemerlang dan berjaya.

  • Budaya Ekspresif

      Budaya  Ekspresif  lebih memberi penekanan terhadap aspek - aspek seni, kreatif dan aspek -                aspek yang menarik minat pelajar. Antara aktiviti yang menunjukkan budaya ekspresif di sekolah            adalah seperti menari, bermain alat muzik dan melukis mengikut minat dan gaya pelajar yang              tersendiri. Walau bagaimanapun, budaya ini kurang dibentuk kerana Budaya Instrumental lebih              dititikberatkan di sekolah. Budaya Ekspresif lebih banyak dipraktikkan di beberapa sekolah di                Amerika Syarikat  yang ingin pelajar mereka menonjolkan bakat masing - masing berbanding                hanya fokus kepada akademik semata - mata.

  • Budaya Moral

 

      Budaya Moral dicerminkan melalui amalan di sekolah yang dilakukan untuk membentuk tingkah              laku yang baik di kalangan pelajar mahupun guru. Budaya ini dipupuk supaya setiap warga                  sekolah akan sentiasa melakukan kebaikan dan menanam nilai - nilai murni yang baik dalam diri.          Bukan itu sahaja, budaya ini bertujuan untuk melahirkan pelajar bermoral yang berkemampuan              membuat pertimbangan tentang beberapa tindakan atau tingkah laku yang betul atau salah.                  Sekolah akan memberi hukuman atau denda kepada setiap pelajar yang melakukan kesalahan dan        memberikan ganjaran kepada sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan.

      

- Budaya dominan di sekolah

​​

 

      - Sistem pendidikan yang ditentukan oleh kerajaan mengikut dasar sesebuah negara.

      - Pendidikan secara langsung yang diterima daripada institusi – institusi tertentu seperti sekolah,               universiti atau  maktab.

      - Tujuan pendidikan formal  mengembangkan aspek – aspek tertentu seperti Kognitif (mental dan               pemikiran), Afektif (nilai dan sikap) serta aspek Psikomotor (kemahiran fizikal dan jasmani).

      - Contoh : Aktiviti kokurikulum, kelab persatuan dan unit beruniform.

     - Pembelajaran yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar.

     - Ilmu pengetahuan biasanya akan diperoleh melalui pengalaman di sekitarnya.

     - Pembelajaran informal tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan pelajaran yang perlu dikuasai.           Tidak ada penilaian digunakan untuk menentukan pencapaiannya.

      

surat khabar.gif
bottom of page