top of page

KPS 3014 - Pengurusan Pembelajaran 

  • Pengurusan ialah aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenalpasti.

  •  Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.

  •  Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi.

Sumber : Youtube

Merujuk video di atas, terdapat beberapa fungsi pembelajaran yang boleh diketahui.  Sebagai seorang pelajar, pengurusan pembelajaran amat penting agar suatu proses pembelajaran berlaku dengan efektif dan objektif yang ditetapkan dapat dicapai. 

                                                                        PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK

 

Penetapan matlamat diri dan akademik harus dilakukan kerana matlamat yang jelas dan spesifik adalah lebih baik daripada matlamat yang kabur.

 

Penetapan matlamat diri dan akademik ini boleh dilakukan dengan mengaplikasikan kaedah SMART

2016-09-24 18_56_30-Settings.png

Specific

Matlamat yang ditetapkan mestilah spesifik ataupun terperinci kerana matlamat yang spesifik adalah lebih baik daripada matlamat yang umum. Penetapan matlamat yang tidak spesifik menyebabkan terdapat kemungkinan apa yang didapati bukanlah apa yang diinginkan.

 

Measurable

Matlamat yang spesifik juga mestilah boleh diukur seperti matlamat untuk mendapat keputusan A+ dalam peperiksaan.

 

Attainable

Attainable bermaksud matlamat yang ditetapkan mestilah suatu perkara yang boleh diperoleh oleh seseorang seperti keputusan peperiksaan yang cemerlang.

 

Relevant / Realistic

Matlamat yang relevan ataupun realistik bermaksud suatu matlamat itu mestilah boleh dicapai mengikut proses yang berperingkat-peringkat.

 

Time Based / Timely

Matlamat yang ditetapkan juga mestilah boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan

Link blog kumpulan 10 - Pengurusan Pelbagai Budaya 

bottom of page